-Latar Belakang-
CHOCO CRISPY
Coklat ialah nama sebuah makanan yang diolah daripada biji koko. Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin sehinggalah juga kepada pernyataan cinta. Pada pendahuluannya, coklat tidak bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.
Coklat dihasilkan daripada koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.
Chocojar merupakan olahan daripada coklat yang terdiri daripada beberapa perisa. Antaranya, ialah perisa MILO, OREO, KITKAT dan KINDER BUENO. Rasa yang enak pasti menarik minat semua untuk mencuba CHOCO CRISPY.
Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai CHOCOJAR CRISPY, anda boleh mendalami web kami ini.